Cerita Lama

Sunday, November 25, 2012

1
Komen

Peribahasa Yang di Salahgunakan. ^^v

Now Si Aeby_Roies nak 'Start' celoteh...
 
Dah berbulan tak update blog. Giler lama. hrmm...sibuk gila. So malam ni ambil jugak masa nak Update entry malam nie. Dah lama mencari idea untuk buat entry nie agak menarik utk dibaca. Akhirnya nak buat sesuatu yg berlainan. takkan nak update pasal diri kita ja kan. So entry kali ni nak "share" peribahasa Melayu apabila aku ubah ikut kepala otak usang nie..hehehe. Jangan marah and jangan tulis dalam SPM dan UPSR okay. Kalau degil jugak.. do it at your risk..JOM stalk.

  1. Kalah jadi abu, menang jadi arang, kalau seri jadi abu bakar
  2. Bersatu kita roboh, bercerai kahwin janda.
  3. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke atas nasi lemak.
  4. Lembu punya susu, Anlene pulak yang dapat nama.
  5. Harapkan pagar, pagar dimakan anai-anai.
  6. Alang-alang mandi, biarla guna LifeBuoy.
  7. 2 3 kucing berlari mana nak sama laju dengan Cheetah.
  8. Bagai melepaskan kentut ditangga.
  9. Bagai melepaskan angin tersepit.
  10. Alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ketiak masam
  11. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.
  12. Carik-carik bulu ayam, akhirnya jadi bulu tangkis.
  13. Nak seribu daya, taknak buat apa-apa.
  14. Bagai kerbau bawak lumpur, habis semua nak kena guna BREEZE.
  15. Ditelan mati pak, diluah takud kena penyepak.
  16. Biar pecah dibuntut, jangan kantoi bau kentut.
  17. Biar mati anak, jangan mati pucuk.
  18. Air yang tenang jangan sangka tak boleh buat ABC.
  19. Berat mata memandang, berat lagi BERAS FAIZAH EMAS.
  20. Lembut gigi dari, dari taik nya.
  21. Melentur buluh, biarlah guna parang.
  22. Kalau takut dilambung ombak, ambik tahu biodata nya.
  23. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana Kolestrol.
  24. Sediakan RAINCOAT sebelum HUJAN.
  25. Jika ular menyusul, kucing ketawa.
  26. Rezeki jangan ditolak, kalau tolak menyesal la.
  27. Jika tak dipecahkan ruyung, tak jadi peribahasa- JIKA TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA
  28. Bagai mencurah garam ke IKAN MASIN.
  29. Tak lapuk dek Hujan, tak lekang dek panas, Gunakan Nippon Paint.
  30. Yang bulat tak datang bergolek, sama ja dengan bentuk lain lagi susah nak bergolek.
  31. Hujan emas dinegri orang, aku nak hujan HABIB JEWELL(kedai emas) di negeri sendiri.
  32. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, cuma enjin tak pasang lagi, mana larat nak dayung.
  33. Bagai kaca terhempas ke batu, batu bengan hempas semula orang yg hempas kaca tu.
  34. Tak lari gunung dikejar tapi mati aku lari kalau anjing mengejar.
  35. Yang kurik itu kundi, yang merah itu bahasa, yang digoreng itu capati, yang direbus itu laksa.
  36. Duduk sama rendah, berdiri kau lagi tinggi sebb pakai tumit tinggi.
  37. Di mana ada gula di situ ada Gula-Gula.
  38. Tak kenal makan tak cinta, lebih baik tak kenal, nnt sakit hati.
  39. Di mana ada kemahuan, di situ perlukan WANG.
  40. Gajah mati tinggal Gading, Harimau Mati Tinggal Belang, Manusia mati meninggalkan dunia.
  41. Tak kenal maka takkan kenal.
  42. Berat sama dipikul, ringan bawak sorang-sorang.
  43. Bara yang digenggam biar dah jadi FILEM BARA.
  44. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang Harimau, pura-pura mati.
  45. Yang dikejar takdapat, yang dikendong letak ,tepi kejar lagi yg takdapat.
  46. Bagai melepaskan BATUK KAHAK di eskalator.
  47. Kecil tapak tangan, kecil lagi tapak sulaiman.
  48. Banyak udang, banyak la Restoran Seafood.
  49. Diam-diam ubi berisi, diam manusia bisu.
  50. Pucuk dicita ,Ulam dicicah dengan sambal belacan.
Cukup tak banyak tuh.okayh.. nanti ada banyak masa, aku update lagi na.ok. thanks sebab singgah. JANGAN GUNA DALAM EXAMS, these all just for funs. ok. HOPE you enjoy it.

Terima Kasih Sudi Singgah Si Cantik Dan Kacak,Jangan Lupa Komen Yer!!

Hamutaro